YAN 18 OGOS 2021. Keadaan Banjir di Yan, Kedah. Gambar Pembaca
YAN 18 OGOS 2021. Keadaan Banjir di Yan, Kedah. Gambar Pembaca
BERNAMA

Yan: Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, setakat ini dua mangsa disahkan maut, manakala seorang masih hilang dalam kejadian banjir ekoran fenomena kepala air petang tadi.

Katanya, kedua-dua mangsa itu yang belum dikenal pasti identiti ditemui di Kampung Setol dan Gunung Jerai. Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan waktu kedua-dua mangsa ditemui.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dalam kejadian ini masih dijalankan oleh jabatan dan agensi yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, beberapa jalan di kawasan Gurun dan Merbok di daerah itu ditutup berikutan banjir antaranya termasuk Jalan Gurun-Guar Chempedak dan Jalan Semeling-Merbok.

"Pada jam 3.30 petang tadi, daerah Kuala Muda telah menerima hujan lebat yang melibatkan kawasan Gurun dan Merbok. Hujan berterusan selama tiga jam itu telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air dan pemantauan serta bantuan sedang giat dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasa," katanya.

Berita berkaitan

Pekerja Jerai Hill Resort ditemui meninggal dunia

Nampak mayat lelaki tersangkut di pokok pisang depan rumah

Kepala air di Gunung Jerai: Tiga selamat, seorang lagi hilang

Lima kampung terjejas akibat kepala air Gunung Jerai

Tiada pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai

Tiga kategori PPS, asingkan mangsa banjir

Segerakan bantuan kepada mangsa banjir di Yan - Muhyiddin

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 12:55 AM