GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di 27 lagi lokaliti di Terengganu, Pahang dan Sabah mulai Rabu ini sehingga 3 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Terengganu membabitkan Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 di Mukim Bandi, Kemaman, selain 10 lokaliti di Kuala Dungun.

Beliau berkata, PKPD di Kuala Dungun itu membabitkan Kampung Sungai Buaya, Kampung Tanah Lot, Kampung Lembah, Kampung Padang Jambu, Kampung Nibong, Kampung Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Penaga.

"PKPD di Sabah pula membabitkan Kampung Marau dan Kampung Kebawang, Sipitang; Kampung Pituru Kinarut, Papar serta Kampung Meruntum, Putatan.

"Selain itu, turut dilaksanakan PKPD adalah empat lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Jalan Kampung Likas, Simpang 3, Pusat Api-Api Kota Kinabalu, Taman Ujana Kingfisher, Likas; Kampung Salut, Telipok dan dua lokaliti di Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 2 serta Cybercity Fasa 2.

"PKPD di Pahang membabitkan tiga lokaliti di Mukim Ulu Dong, Raub iaitu Kampung Bedu, Kampung Temalian dan Kampung Pamah Kulat serta dua lokaliti Mukim Ulu Jelai, Lipis iaitu Kampung Kabang serta Kampung Sat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Penjara Sungai Udang kecuali Kuarters Penjara, Melaka dilanjutkan bermula Rabu ini sehingga 3 Ogos.

Katanya, enam kawasan PKPD ditamatkan membabitkan Kampung Bagus, Rantau Panjang, Kelantan; Kampung Mambong, Kuching, Sarawak; Kampung Baru Batu 2 Jalan Apas, Tawau; Kampung Ejuk, Kota Belud; Kampung Warisan, Kota Kinabalu, dan Kawasan Perindustrian Indahpura serta tujuh kawasan perindustrian Senai.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 8:22 PM