Rosni Sohar
Rosni Sohar
BERNAMA

Kuala Lumpur: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam.

Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO dalam kenyataan berkata keputusan itu selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu.

Pada 6 Ogos lalu Noraini mengumumkan peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

"Saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut setia dan patuh atas ketetapan yang dibuat oleh pihak parti," katanya.

Rosni turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan PTPTN atas kerjasama yang baik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 4:05 PM