KEMALANGAN maut membabitkan anggota polis Rabu lalu. FOTO ihsan polis
KEMALANGAN maut membabitkan anggota polis Rabu lalu. FOTO ihsan polis
Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan seorang anggota polis di Kilometer 101.7 Lebuhraya Utara Selatan pada Rabu lalu tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian 1 pagi itu, Koperal Hazil Fauzi Masli, 42, bertugas di Cawangan Unit Kereta Peronda (MPV) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang menunggang motosikal dari arah selatan menghala ke utara.

Beliau berkata, mangsa yang beralamat di Kangar, Perlis itu dipercayai pulang selepas selesai bertugas.

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal yang ditunggang di lorong kiri dipercayai terlanggar belakang sebuah kenderaan menyebabkan mangsa terjatuh.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut," katanya.

Adzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau berkata, sehubungan itu sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu boleh menghubungi talian 04-4232222 cawangan trafik (Inspektor Ahmad Saiful Ahmad Jamal).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 10:28 AM