BOMBA berusaha memadam kebakaran berkenaan. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA berusaha memadam kebakaran berkenaan. FOTO Ihsan Bomba

Noor Hidayah

Teluk Intan: Lima rumah setinggan di Padang Tembak, di sini, terbakar, malam tadi.

Sebuah motosikal Yamaha LC 135 turut musnah dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.47 malam sebelum sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi.

Menurutnya, operasi itu turut mendapat bantuan dari BBP Hutan Melintang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan, PBS Langkap dan PBS Batu 12.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian bomba mendapati tiga rumah sedang terbakar.

"Kejadian itu turut menyebabkan sebuah motosikal musnah terbakar 90 peratus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Menurutnya, operasi yang membabitkan seramai 53 anggota itu tamat pada 12.30 tengah malam selepas kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Mei 2021 @ 8:19 AM