Giant menawarkan penjimatan berganda sempena Aidilfitri ini. - FOTO Giant
Giant menawarkan penjimatan berganda sempena Aidilfitri ini. - FOTO Giant
Nurshafika Suhaimi

SETIAP kali tiba musim perayaan, orang ramai pasti sibuk memikirkan persiapan hari raya untuk keluarga mereka.

Tidak kurang juga ada segelintir suri rumah sudah mula membuat persiapan awal menyambut hari raya seperti mencari baju baru, biskut raya dan sebagainya.

Namun, dalam sibuk berbelanja amalan berjimat cermat juga harus menjadi keutamaan di musim perayaan.

Bagi memeriahkan sambutan lebaran tahun ini, Giant bakal mengadakan promosi besar-besaran bagi beberapa produk terpilih di semua cawangan seluruh Malaysia.

Promosi ini berlangsung sehingga 19 Mei bertujuan memberi lebih penjimatan buat pembeli di bulan yang mulia ini.

Antara barangan yang dipromosikan termasuklah makanan sejuk beku, mi segera, produk makanan tin, minuman dan makanan ringan kegemaran anda.

Selain itu, terdapat juga potongan harga besar untuk produk rumah seperti pencuci, mesin pencuci pinggan dan lampin bayi.

ImageTerdapat lebih ratusan barangan dengan harga promosi hebat - Foto Giant

Bukan itu sahaja, Giant turut memberi potongan harga bagi makanan sedia untuk dimakan seperti rendang, biskut raya, dan kudap kudapan pada harga yang sangat murah.

Terdapat juga pakaian, perabot rumah dan barangan elektrik yang akan dipromosikan di Giant sempena Aidilfitri ini.

Pembeli dapat menikmati sehingga 58 peratus potongan harga diskaun bagi produk yang terpilih seperti kuali anti-lekat dengan harga tidak masuk akal.

Malah, Giant turut membekalkan baju raya untuk seisi keluarga sempena Aidilfitri tahun ini serendah RM39 sahaja.

Pembeli tidak perlu susah mencari baju raya buat seisi keluarga kerana semuanya ada dijual di sini.

Pasti kaum ibu gembira mengenakan fesyen atau rona warna baju yang sama bersama keluarga mereka di hari raya. Apa yang penting, cantik dan murah hanya di Giant!

Apa yang lebih menarik, Giant turut menyediakan risalah atas talian untuk memudahkan pembeli melihat barangan yang ditawarkan.

Apa yang lebih menarik, Giant turut menyediakan risalah dalam talian untuk memudahkan pembeli melihat barangan yang ditawarkan.

Perkara ini sekaligus menjimatkan masa dan memudahkan urusan pembeli terutama di musim pandemik ini.

Pembeli tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mencari barangan yang diperlukan atau menyemak senarai harga barangan kerana segalanya ada di dalam risalah ini.

Oleh itu, jom segera datang ke Giant untuk menikmati penjimatan berganda sempena Aidilfitri ini. Beli banyak, lebih jimat!

Untuk melihat lebih banyak promosi yang ditawarkan anda boleh ke laman sesawang rasmi https://www.giant.com.my/promotions/.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 4:48 PM