Udara dalam rumah adalah penting dalam memastikan kesejahteraan hidup sekeluarga - FOTO SK magic
Udara dalam rumah adalah penting dalam memastikan kesejahteraan hidup sekeluarga - FOTO SK magic
Nurshafika Suhaimi

SEJAK penularan virus COVID-19 melanda, masyarakat mula berwaspada bagi memastikan diri terhindar daripada jangkitan itu.

Selain sanitasi kendiri, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam, kita juga dinasihatkan agar menitikberat soal kualiti udara di rumah. 

Namun, masih ramai di antara kita kurang cakna terhadap pencemaran udara di dalam rumah sendiri kerana beranggapan ianya selamat.

Tahukah anda bahawa penyebaran virus Corona lebih berisiko terjadi di ruang tertutup seperti rumah, pejabat dan sekolah?

Menurut laporan World Health Organization (WHO),  jangkitan COVID-19 lebih berisiko ketika berada di dalam bangunan atau kawasan tertutup berbanding di luar bangunan kerana tiada pertukaran udara di sekitarnya.

Justeru, penting untuk kita memastikan udara yang dihirup di rumah atau tempat kerja adalah bersih sekaligus mengurangkan risiko kebimbangan kesihatan dalaman termasuk mencegah virus yang menyebabkan COVID-19.

All Clean Virus Fit dilengkapi teknologi serba canggih

Image

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi meningkatkan kualiti udara kediaman adalah dengan menggunakan penulen udara terbaharu SK magic iaitu All Clean Virus Fit  yang mampu menyingkirkan virus berbahaya. 

Dr Amanda, pakar perubatan bertauliah berkata, menghirup udara bersih adalah sangat penting terutamanya pada waktu sekarang kerana udara adalah elemen penting dalam menyalurkan oksigen ke paru-paru, darah dan seluruh organ dalaman.

ImageDr Amanda ketika majlis pelancaran penulen udara All Clean Virus Fit. - FOTO SK magic

"Zarah berterbangan ke udara ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit pernafasan termasuk asma, alergi dan kanser paru-paru serta meningkatkan peluang dijangkiti COVID-19 kerana imunisasi yang lemah.

"Pencemaran dalaman ini boleh memberi kesan teruk hingga membawa kepada kematian kerana kebanyakan kita menghabiskan 80 peratus atau lebih masa setiap hari di dalam rumah daripada di luar," katanya

Dengan sistem penapisan HEPA (High Efficiency Particulate Air), penulen udara All Clean Virus Fit ini berupaya menapis 99.99 peratus zarah-zarah halus sekaligus mencegah organisma virus berbahaya dalam udara. 

Bukan itu sahaja, dengan sistem penapisan lapan peringkat semua dalam satu, penulen udara ini mampu menapis 99.99 peratus habuk ultra halus, gas berbahaya, kulat, bakteria serta bulu binatang peliharaan sekaligus dapat membersihkan udara dalam kediaman.

Selamat dan berdaftar dengan  Food and Drug Administration (FDA)

ImageBagi menjamin perlindungan menyeluruh, All Clean Virus Fit juga dilengkapi ciri sedutan pintar 360 darjah dari pelbagai arah, selain memiliki pensterilan UV Arc Core dan Penapis Habuk Gentian Tembaga Ultra Halus.

Teknologi ini mampu menjamin kualiti udara rumah anda secara menyeluruh dan menyingkirkan pelbagai bahan pencemar udara berbahaya dan bau yang tidak menyenangkan.

Dengan penggunaan penulen udara All Clean Virus Fit di rumah anda, ianya pasti dapat membantu pengguna yang mengalami masalah pernafasan atau alahan untuk bernafas lebih baik.

Menyedari kepentingan penjarakan sosial, SK magic juga menawarkan pilihan perkhidmatan tanpa sentuh kepada pelanggan dengan menyediakan inovasi penyelenggaraan produk secara jarak jauh. 

Selain itu, penulen udara All Clean Virus Fit juga mudah diselenggarakan kerana ianya senang dibuka dengan ventilasi, serta kipas yang mudah dicuci. 

Inovasi terbaharu daripada Korea Selatan ini juga diperakui selamat digunakan dan telah didaftarkan sebagai peralatan kesihatan dan perubatan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (USFDA).

Ini sekali gus memberi jaminan kepada pengguna dalam usaha pihak SK magic mencari penyelesaian inovatif ketika pasca pandemik ini.

Hidup terjamin sihat dengan All Clean Virus Fit dari SK magic

ImageDengan penggunaan penulen udara All Clean Virus Fit ketika pasca wabak Covid-19, semestinya dapat mengurangkan risiko jangkitan sekaligus meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dengan aliran udara kekal segar dan bersih setiap masa.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.skmagic.com.my/product/all-clean-virus-fit/ atau ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Youtube SK Magic.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Disember 2021 @ 9:52 AM