Foto hiasan
Foto hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 20 kluster baharu Covid-19 hari ini membabitkan lapan kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, empat sektor pendidikan termasuk tiga kluster institusi pendidikan dan dua kluster keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lapan kluster tempat kerja dikenal pasti di Kelantan, Sarawak, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Melaka.

"Kluster tempat kerja dkenali sebagai Kluster Kampung Padang Lalang di Pasir Mas, Kelantan; Kluster Jalan Sawit di Sarikei, Sarawak; Kluster Tanjong Kibong di Sibu, Sarawak; Kluster Sri Manjalara di Kepong, Kuala Lumpur.

"Selain itu, kluster tempat kerja seterusnya dikenali Kluster Persiaran Layar Perak di Johor Bahru, Johor; Kluster Taman Pertama di Manjung, Kinta dan Perak Tengah di Perak; Kluster Kopitiam Machap Baru di Alor Gajah dan Jasin, Melaka; serta Kluster Mutiara Bentong di Bentong dan Temerloh, Pahang" katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, enam kluster komuniti pula dikenali sebagai Kluster Kampung Paya Ular, Kelantan; Kluster Sungai Mas, Kluster Mongkos di Sarawak; Kluster Jalan Dato Onn, Kluster Tanah Putih Baru dan Kluster Mahkota Height di Pahang.

"Tiga kluster institusi pendidikan yang dikenal pasti pula ialah Kluster Taman Medan dan Kluster Persiaran Setia Prima di Selangor serta Kluster Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur.

"Satu kluster pendidikan lain dikenali Kluster Jalan Kukup di Johor turut dikenal pasti," katanya.

Selain itu, KKM turut mengesan dua kluster keagamaan iaitu Kluster Seruling Dua Belas di Selangor dan Kluster Jalan Damai Bakti di Kuala Lumpur," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 7:06 PM