GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti hari ini membabitkan 12 di tempat kerja, dua dalam komuniti dan satu daripada kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan lima kluster tempat kerja tertinggi iaitu di Jalan Mokhtar, Jalan Enam Belas, Bandar Teknologi, Persiaran Jaya dan Jalan Lima.

"Tiga kluster pula dicatatkan dari Pahang membabitkan satu di tempat kerja iaitu Industri Bentong Sebelas dan dua lagi dari komuniti membabitkan Kluster Hikmah Muadzam dan Taman Murni.

"Johor pula menyumbang dua kluster tempat kerja masing-masing di Jalan Rumbia Dua dan Sri Sengkang diikuti Jun Heng, Sarawak; Tapak Bina Jalan Valdor, Pulau Pinang; Industri TTJ, Negeri Sembilan serta Santong Paka, Terengganu.

"Selain itu, kluster kumpulan berisiko tinggi pula dikesan di Jalan Jubilee, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, keseluruhan jumlah kluster yang direkodkan setakat hari ini mencecah 876 kluster dengan 442 kluster tamat dan 434 kluster lagi masih aktif.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 8:19 PM