GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Sebanyak 14 kluster baharu dikenal pasti manakala tujuh kluster tamat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baru terbabit membabitkan lapan kluster tempat kerja, masing-masing dua kluster komuniti dan kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan, kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster keagamaan.

Menurutnya, kluster tempat kerja membabitkan Kluster Jalan Batu Arang dan Kluster Industri Titanium di Selangor selain Kluster Persiaran Meru Raya dan Kluster Persiaran Greentown Tujuh di Perak.

Selain itu, katanya, kluster tempat kerja turut membabitkan Kluster Jalan Temangan (Kelantan), Kluster Jalan Pertama Empat (Johor), Kluster Industri Lengkuk Teknologi (Negeri Sembilan) dan Kluster Jalan Tunku (Sabah).

"Kluster membabitkan komuniti adalah Kluster Kampung Chat di Kelantan dan Kluster Indera Mahkota Lima di Pahang.

"Kluster Jalan Sungai Merab membabitkan kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan dan Kluster Jalan Teknologi Kota Damansara masing-masing di Selangor," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, Kluster Jalan Korma di Johor membabitkan kumpulan berisiko tinggi manakala Kluste Dah Lubuk Emas di Kedah membabitkan kluster keagamaan.

Beliau berkata, tujuh kluster yang tamat pada hari ini ialah Kluster Bukit Sera, Kluster Danan, Kluster Jalan Kubota Sentral, Kluster Jalan Kenanga, Kluster Pagar Bukit Chagar, Kluster Tembok Taiping dan Kluster Jalan Taming.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 7:18 PM