GAMBAR Hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR Hiasan. FOTO Arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 14 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Johor, Kelantan, Johor, Sabah, Perak, Kedah, Kuala Lumpur dan Sarawak, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Tangok dilaporkan di Bachok, Kota Bharu dan Machang, Kelantan, membabitkan kakitangan sebuah institusi pendidikan di Kampung Tangok, Bachok, dengan 15 kes dikesan positif.

"Kluster kedua dikenal pasti adalah Kluster Pulai Chondong yang dilaporkan di Machang, Bachok dan Pasir Mas, Kelantan, hasil saringan individu bergejala membabitkan kakitangan dan pelajar-pelajar di sebuah pusat pendidikan di Pulai Chondong membabitkan 23 kes dikesan positif dalam kluster ini.

"Kluster ketiga dikenal pasti adalah Kluster Jalan Tagasan yang dilaporkan di Semporna, Sabah, hasil saringan individu bergejala membabitkan kakitangan serta pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan di Jalan Tagasan P/S 521 dengan enam kes dikesan positif," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Medan Aliff yang dilaporkan di Johor Bahru, Johor, hasil saringan individu bergejala membabitkan sebuah pusat pendidikan di Taman Damansara Aliff dengan sembilan kes dikesan positif.

"Kluster kelima yang dikesan adalah Kluster Jalan Weng yang dilaporkan di Baling, Kedah, hasil saringan bersasar membabitkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan di Bongor dengan 11 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Hospital yang dilaporkan di Pasir Mas, Kelantan, hasil saringan individu bergejala membabitkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah di Kampung Kubang Terap dengan 50 kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, kluster ketujuh adalah Kluster Sungai Duan yang dilaporkan di Mukah, Sarawak, hasil saringan bersasar dengan 84 kes dikesan positif dalam kluster berkenaan.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Sungai Selilut yang dilaporkan di Bintulu dan Tatau, Sarawak, hasil saringan individu bergejala dengan 18 kes dikesan positif.

"Kluster kesembilan dikenal pasti adalah Kluster Jalan Bandar Universiti yang dilaporkan di Perak Tengah dan Manjung, Perak, serta Titiwangsa, Kuala Lumpur, hasil saringan kontak rapat membabitkan sebuah majlis berlangsung di Bandar Universiti dengan 13 kes dikesan positif.

"Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Sulah 16 yang dilaporkan di Klang, Selangor, hasil saringan bersasar membabitkan pekerja sebuah kilang di Shah Alam dengan 46 kes dikesan positif," katanya.

Menurutnya, kluster ke-11 yang dikenal pasti adalah Kluster Jalan Cahaya Baru dilaporkan di Batu Pahat, Johor, dan Kepong, Kuala Lumpur, hasil saringan individu bergejala membabitkan pekerja serta pelanggan sebuah restoran di Yong Peng dengan 20 kes dikesan positif.

"Kluster ke-12 dikenal pasti adalah Kluster Sungai Passin yang dilaporkan di Matu dan Sibu, Sarawak, hasil saringan bersasar dengan 49 kes dikesan positif.

"Kluster ke-13 dikenal pasti adalah Kluster Cyber Park yang dilaporkan di Kulai, Johor, hasil saringan individu bergejala membabitkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai 4 dengan sembilan kes dikesan positif.

"Kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Bayan Cenderawasih yang dilaporkan di Kota Setar, Kedah, hasil saringan pra pembedahan dengan 10 kes dikesan positif," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1,534 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 1,194 kluster dilaporkan tamat, setakat hari ini.

"Terdapat 12 kluster dilaporkan tamat hari ini termasuk Kluster Taman Tunku dan Kluster Jalan Helang menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 340 kluster.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 63 kluster mempunyai pertambahan kes, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 6:35 PM