GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 13 lagi kluster baharu membabitkan kluster tempat kerja, komuniti, sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 13 kluster baharu itu membabitkan negeri Selangor, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sarawak, Melaka, Perak, Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, lima kluster adalah tempat kerja iaitu Kluster Jalan Semtec (Selangor); Kluster Jalan Industri Mekanikal (Johor); Kluster Jalan Skin (Johor); Kluster Kota Sawit (Sabah) dan Kluster Jalan Salahuddin (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya).

"Empat kluster dalam komuniti pula adalah Kluster Jalan Raji (Selangor); Kluster Sungai Banus (Sarawak); Kluster Jalan Pokok Mangga (Melaka) dan Kluster Taman Changkat (Perak).

"Tiga kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM pula adalah Kluster Jalan Shah Banting (Selangor); Kluster Mengkebang (Kelantan) dan Kluster Dinamik (Kedah)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster keagamaan pula adalah Kluster Kampung Bangkahulu di Negeri Sembilan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 7:10 PM