GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 28 kluster baharu hari ini, dengan 13 daripadanya membabitkan kluster di tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 daripada kluster baharu itu membabitkan kluster komuniti dan masing-masing satu keagamaan, kumpulan berisiko tinggi serta pusat tahanan.

"Kluster tempat kerja yang dikenal pasti ialah Industri Jasmine Dua Bukit Beruntung, Industri Hulu Tinggi, Industri Jalan Perak, Tapak Bina Persiaran Aman, Tapak Bina Setia Marina, Jalan Bawal Tambak.

"Turut dikenal pasti adalah Industri Jalan Bekok-Paloh, Tapak Bina Jalan Kangkar Tebrau, Jalan Rami Lima, Jalan Desa Bahagia, Tapak Bina Jalan Kuang Bertam, Dah Perdana Industri Kulim dan Jalan Besar Tapah.

"Kesemua kluster berkenaan dilaporkan di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, enam daripada keseluruhan kluster komuniti di Kelantan iaitu Kampung Keluat, Kampung Nangka Bekelam, Kampung Tok Kaya, Kampung Guchil Tujuh, Kampung Tempoyak Kadok dan Kampung Tok Sadang 2.

Menurutnya, dua kluster di Sarawak iaitu Jambatan Lemua dan Kampung Git manakala masing-masing satu kluster di Selangor (Pertak), Sabah (Jalan Corak), Perak (Kampung Tengah Pangkor) serta Kedah (Dah Kampung Tengas).

Beliau berkata, satu kluster keagamaan dikenalpasti di Sabah iaitu Gambaron 2, satu kluster kumpulan berisiko di Johor iaitu Jalan Pulai 22 dan satu kluster pusat tahanan di Selangor iaitu KM4 Dengkil Banting.

Katanya, kluster baharu yang dikenalpasti itu menjadikan keseluruhan 3,679 kluster dengan 1,106 kluster aktif dan 2,573 kluster sudah tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 7:44 PM