GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti 12 kluster baharu membabitkan empat kluster tempat kerja, empat kluster komuniti, dua kluster sektor pendidikan serta masing masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kluster Pondok Belaga iaitu kluster tempat kerja yang dikesan di daerah Belaga, Sarawak.

Menurutnya, kluster kedua ialah Kluster Kampung Batu Sembilan daerah Kuala Langat di Selangor dan kluster ketiga dikenali Kluster Tapak Bina Tanjung Kupang iaitu kluster tempat kerja di daerah Johor Bahru di Johor.

"Kluster keempat ialah Kluster Jalan Raja Bukit Pasir di daerah Muar, Johor; kluster kelima pula ialah kluster komuniti dikenali Kluster Jalan Sebauh - Bintulu di daerah Sebauh dan Bintulu.

"Kluster keenam yang juga kluster komuniti dikenali Kluster Jalan Arumugam Pillai nmembabitkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang manakala kluster ketujuh ialah Kluster Kota Syahbandar di daerah Melaka Tengah, Melaka.

"Kluster kelapan dikenali Kluster Jalan Kesidang membabitkan daerah Melaka Tengah dan Alor

Gajah di Melaka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster institusi pendidikan KPM dikenali sebagai Kluster Sungai Senibung di daerah Julau di Sarawak membabitkan pelajar sebuah sekolah yang terletak di Sungai Senibung, Julau.

"Kluster seterusnya ialah Kluster Kampung Pangkal Chuit iaitu kluster pendidikan di daerah Machang, Kelantan manakala kluster kesebelas ialah Kluster Jalan Impian Emas 17 iaitu kluster keagamaan di daerah Johor Bahru.

"Kluster terakhir adalah kluster pusat tahanan iaitu dikenali sebagai Kluster Kampung Selamat membabitkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 6:52 PM