GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 14 lagi kluster baharu berkaitan Covid-19 yang membabitkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kluster Jalan Seelong iaitu kluster tempat kerja membabitkan daerah Kulai di Johor dikesan hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat.

Menurutnya, kluster kedua pula ialah Kluster Jalan Perindustrian Elektronik juga kluster tempat kerja ini membabitkan daerah Kulai, Kota Tinggi, Pontian, dan Muar di Johor yang dikesan hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai.

"Kluster seterusnya ialah Kluster Jalan Besar Pontian yang dikesan hasil saringan individu bergejala, selain itu kluster baharu dikesan ialah Kluster Ladang Pekan yang juga tempat kerja membabitkan daerah Kluang di Johor.

"Kluster kelima dikenali Kluster Perindustrian Pelepas juga dikesan di Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Kulai, dan Muar di Johor hasil saringan individu bergejala.

"Kluster seterusnya ialah Kluster Jalan Jelapang iaitu kluster pusat tahanan pusat tahanan ini membabitkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Selain itu kluster baharu dikesan ialah Kluster Perusahaan Tiga membabitkan daerah Larut, Matang, dan Selama serta Kerian di Perak," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kluster ketujuh ialah Kluster Kampung Teluk iaitu Kluster komuniti membabitkan daerah Manjung di Perak.

"Kluster lain dikesan ialah Kluster Tapak Bina Damar iaitu kluster tempat kerja ini membabitkan daerah Sepang di Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Selain itu KKM turut mengesan Kluster Taman Industri membabitkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor.

"Kluster seterusnya ialah Kluster Tapak Bina Pantai Dalam ialah tempat kerja membabitkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya.

Katanya, kluster seterusnya ialah Kluster Teknologi Berendam juga kluster tempat kerja ini membabitkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka; Tampin di Negeri Sembilan; Sepang di Selangor serta Tangkak di Johor.

"Selain itu, Kluster Selambau turut dikesan, kluster tempat kerja ini membabitkan daerah Kuala Muda di Kedah.

"Kluster terakhir yang dikesan ialah Kluster Pangkal Changgong. Kluster tempat kerja ini membabitkan daerah Machang, Pasir Puteh, dan Tanah Merah di Kelantan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2021 @ 7:31 PM