GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti 41 kluster baharu di hampir keseluruhan negeri kecuali Perlis, Sarawak dan Labuan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 3,568 kluster dikesan di negara ini dengan 1,050 kluster aktif.

Katanya, sebanyak 22 kluster yang dikesan membabitkan tempat kerja dan 16 kluster membabitkan komuniti manakala dua lagi kluster pusat tahanan dan satu kluster pendidikan.

"Kluster tempat kerja dilaporkan di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

"Kluster terbabit ialah Lorong Perindustrian Bukit Minyak 21, Industri Bukit Minyak 88A, Jalan Penang, Industri Persiaran Cassia Selatan, Tapak Bina Depot Laluan Klang, Industri Jalan Salleh, Industri Selesa 2, Jalan Jurutera 23, Tapak Bina Desa Pahlawan, Desa Tun 2, Jalan Langkawi.

"Jalan PBR 38, Jalan Food City, Tapak Bina Ayer Salak, Jalan Platinum Empat, Jalan Gemilang

Sembilan, Dah Puteri Industri Baling, Dah Cendana Industri Sungai Petani, Tapak Bina Jalan BBN, Industri Jalan Tuanku Jaafar Utara, Bukit Berembun dan Industri Chandan Raya 1/3," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kluster komuniti pula dilaporkan di Kelantan, Sabah, Pahang, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah dan Perak.

"Kluster itu dikenali sebagai Kampung Banggol Telipot, Pos Brooke, Lorong Masjid Padang Bongor, Kampung Melor Lama Peringat, Taman Puteri Pulong, Kampung Hujung Repek Melawi.

"Bayangan, Menawo Baitah, Bariawa Laut, Jalan Inai, Simpang Cheneras, Taman Selesa, Majupadu Lapan, Taman Bertam Indah, Dah Kampung Pong dan Kampung Gelok Bukit," katanya.

Katanya, dua kluster pusat tahanan adalah Pagar Kluang di Johor dan Pagar Bachok di Kelantan manakala kluster pendidikan lain dikenali Jalan Seroja 33 di Selangor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 8:45 PM