GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 11 lagi kluster baharu membabitkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster komuniti dan keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan kluster tempat kerja itu adalah Kluster Jalan Istimewa Cemerlang, Kluster Batu 57, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Tebrau Khas, Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai, Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Jalan Jelatek, Kluster Jalan Sepuluh dan Kluster Ria Jaya.

Menurutnya, dua lagi kluster adalah Kluster Patikang Ulu dan Kluster Jalan Badak.

"Kluster Jalan Istimewa Cemerlang membabitkan daerah Johor Bahru di Johor dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Februari lalu hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa 7, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru dengan 109 kes positif Covid-19.

"Kluster Batu 57 membabitkan daerah Batu Pahat di Johor di mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247,495) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala yang mana 13 kes positif Covid-19," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Jalan Usaha Satu pula membabitkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor dengan 70 kes dikesan positif Covid-19.

"Kluster Jalan Tebrau Khas pula membabitkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor berkaitan pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tebrau, Bukit Senyum, Johor Bahru dengan 29 kes dikesan.

"Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai membabitkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor dengan 45 kes dikesan positif Covid-19," katanya.

Beliau berkata, Kluster Tapak Bina Jalan Setia membabitkan daerah Petaling di Selangor dengan 36 kes dikesan positif Covid-19.

"Kluster Jalan Jelatek membabitkan daerah Gombak di Selangor dengan 35 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

"Kluster Jalan Sepuluh pula membabitkan daerah Petaling di Selangor dengan 32 kes dikesan positif Covid-19," katanya.

Katanya, Kluster Ria Jaya membabitkan daerah Kuala Muda di Kedah dengan 81 kes dikesan positif Covid-19.

"Kluster Patikang Ulu pula membabitkan kluster komuniti di daerah Keningau di Sabah membabitkan perjumpaan dalam komunitiyang berlangsung di Kampung Patikang Ulu, Keningau di mana 37 kes dikesan setakat ini.

"Kluster Jalan Badak pula membabitkan keagamaan di daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak dengan 23 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2021 @ 7:16 PM