JBPM menemui mayat Mohd Hakim yang  dilaporkan hilang setelah dihanyutkan arus deras di Sungai Pahang di Kampung Loyang dekat Sanggang. FOTO IHSAN JBPM
JBPM menemui mayat Mohd Hakim yang dilaporkan hilang setelah dihanyutkan arus deras di Sungai Pahang di Kampung Loyang dekat Sanggang. FOTO IHSAN JBPM
BERNAMA

Kuantan: Mohd Hakim Faqih Norazmi yang disyaki lemas di Sungai Pahang, Kampung Loyang di Temerloh, 141 kilometer dari sini, seminggu lalu ditemukan hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemukan tersangkut pada bahagian sangkar ikan pada 12.45 tengah hari, kira-kira tiga kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

Katanya, mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Hakim Faqih disyaki lemas pada 14 Mac lalu selepas dihanyutkan arus ketika mahu menyelamatkan anak saudaranya, Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8.

Bagaimanapun, mayat Mohammad Naufal Farhan telah ditemukan pada 10.33 pagi, sehari selepas kejadian (15 Mac).

Berita berkaitan

Hilang anak dan cucu

Mayat mangsa lemas ditemukan, seorang lagi masih hilang

Dua sepupu dikhuatiri lemas dihanyut arus

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 5:42 PM