OPERASI SAR mengesan S Priaangka yang dikhuatiri lemas di Parit Bugis, Panchor dihentikan. FOTO Ahmad Ismail
OPERASI SAR mengesan S Priaangka yang dikhuatiri lemas di Parit Bugis, Panchor dihentikan. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail

OPERASI bersepadu mencari dan menyelamat (SAR) S Priaangka, 10, yang dikhuatiri lemas di Parit Bugis, Panchor, Muar, 10 Mei lalu, dihentikan kelmarin.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Hairulnizam Redzuan berkata, bagaimanapun SAR oleh bomba diteruskan.

Katanya, operasi SAR membabitkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis itu dihentikan selepas masih gagal menemukan mangsa pada hari ke tujuh operasi kelmarin.

"Walaupun memperluaskan kawasan pencarian sehingga 80 kilometer dari Parit Bugis, masih tiada petunjuk ditemukan dan keputusan dibuat untuk menamatkan SAR bersepadu pada 5 petang Sabtu," katanya.

Katanya, operasi SAR bersepadu bagaimanapun akan dilakukan semula sekiranya menemukan petunjuk baru.

Bomba menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian menimpa mangsa pada jam 6.22 petang Ahad 10 Mei.

Berikutan itu bomba Muar, Pagoh dan Segamat dibantu polis dan APM melancarkan operasi SAR termasuk bantuan unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Berita berkaitan

Hari ketujuh, Priaangka belum ditemukan

Belum jumpa

Kanak-kanak hilang dihanyut arus deras

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 4:50 PM