LILY berharap agar Azlan dapat ditemui. FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN
LILY berharap agar Azlan dapat ditemui. FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: "Siang malam saya berdoa supaya Azlan ditemukan," kata Lily Anduhut, 60, ibu kepada salah seorang kru bot tunda yang hilang di perairan Kuala Kinabatangan Besar, Rabu lalu.

Lily berkata, anaknya Azlan Hassan, 23, mula bekerja di bot tunda itu sejak empat bulan lalu.

Katanya, dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas dihubungi beberapa rakan Azlan kelmarin.

"Semalam ahli keluarga termasuk ayahnya ke lokasi kejadian untuk membantu melakukan pencarian menggunakan perahu sendiri.

"Sebagai ibu yang mengandungkan dia sembilan bulan dan menyusukannya, saya berdoa semoga Azlan ditemui dengan selamat," katanya ketika ditemui hari ini.

Lily berkata, sebelum ini Azlan bekerja di pasar raya namun bertukar kerja kerana ingin menceburi bidang lain dan mencari pengalaman serta demi membantu keluarga.

Dalam kejadian 4 pagi Rabu lalu, sebuah bot tunda dilaporkan karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar menyebabkan dua anak kapal selamat manakala tiga lagi hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 3:37 PM