Ahmad Firdaus dalam sidang media di Jeti Maritim Sandakan, hari ini. FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN
Ahmad Firdaus dalam sidang media di Jeti Maritim Sandakan, hari ini. FOTO HAZSYAH ABDUL RAHMAN
Hazsyah Abdul Rahman


Sandakan: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi anak kapal bot tunda yang karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar, berdepan kesukaran kerana ombak besar.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Ahmad Firdaus Shaari berkata, SAR hari ketiga hari ini berdepan cabaran getir kerana cuaca yang buruk di laut dengan ketinggian ombak mencecah lima meter.

"Hasil siasatan awal, bot tunda ini berada dalam radius lokasi perairan kita dan dipercayai tenggelam.

"Kami sedang berusaha melakukan pencarian bersama agensi lain serta syarikat terbabit.

"Setakat ini tiga mangsa belum ditemui dan SAR masih giat dijalankan," katanya dalam sidang media, hari ini.

Kelmarin, bot tunda dan tongkang dinaiki lima lelaki yang dalam perjalanan ke Sandakan karam dipukul ombak.

Dua mangsa terselamat manakala tiga lagi dikenali Mohamad Mal, 49, Azlan Hassan, 23 dan Mohd Hafiz Isyra Nagrah, 22, masih hilang

#kw SAR, sukar, ombak, besar, Sandakan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 6:18 PM