LAPORAN Harian Metro
LAPORAN Harian Metro
Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Dua lelaki termasuk seorang daripadanya yang bergelar Datuk direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes pukul dan ugut seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tempoh reman bagi seorang lelaki bergelar Datuk berusia 42 tahun serta seorang lagi lelaki berusia 39 tahun itu bermula hari ini hingga esok.

"Kedua-dua suspek direman dua hari iaitu 15 hingga 16 Januari ini untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan kejadian 9 malam itu dipercayai berpunca daripada suspek ditegur oleh seorang lelaki tidak dikenali iaitu pelanggan yang duduk di meja bersebelahan kerana dia (suspek) bercakap dengan nada suara yang tinggi.

Beliau memaklumkan suspek pertama mempunyai rekod berkaitan ugutan jenayah dan mendatangkan bencana pada 2019.

Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat menunjukkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Berita berkaitan

Polis cari 'Datuk' pukul lelaki di restoran

Datuk dah kena tahan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 12:32 PM