Reena (tengah) bersama duta Crystal C White, Keith Foo (kiri sekali) dan Natasha Hudson (dua kiri) pada majlis pelancarannya.
Reena (tengah) bersama duta Crystal C White, Keith Foo (kiri sekali) dan Natasha Hudson (dua kiri) pada majlis pelancarannya.

Kuala Lumpur: Megah Herba (M) Sdn Bhd terus optimis dengan misi mereka bersaing di pasaran kosmetik dan kesihatan tempatan mahupun antarabangsa.

Syarikat bumiputera yang ditunjangi pasangan suami isteri, Datin Reena Zach dan Datuk Zack Aziry enggan statik dengan satu produk semata-mata dan memberi pengguna pelbagai pilihan variasi produk.

Menerusi anak syarikatnya iaitu Lana Labs Global mereka tampil memperkenalkan produk kecantikan kulit, Crystal C White.

Malah buat kali pertama produk naungan mereka menampilkan duta selain wajah serta ikon mewakili jenama terbaru itu membabitkan dua selebriti popular negara, Keith Foo dan Natasha Hudson.

Pengasasnya, Datin Reena Zach, 36, berkata dia tidak berasakan sesuatu yang janggal atau pelik memilih golongan lelaki sebagai duta.

"Kebiasaannya kalau perihal produk kecantikan, wanita cantik yang akan terlintas dalam fikiran mewakili produk sebegini. Namun kita cuba melawan arus meletakkan Keith Foo sebagai sandaran buah tangan terbaru kami ini.

Duta lelaki dipilih juga kerana kita mahu menekankan produk ini juga boleh diamalkan golongan lelaki selain wanita. Jadi apa salahnya kita lawan arus?

Reena Zach (kanan) dan suami, Zack
Reena Zach (kanan) dan suami, Zack

Mengenai pemilihan Natasha, Reena percaya ia menjadi nilai tambah kepada produk itu.

"Pemilihan Natasha juga selaras dengan konsep produk ini yang lebih elegan, segar dan mengikuti peredaran masa kini. Dia juga pengguna setia sebelum produk ini dilancarkan secara rasmi.

"Seperti Keith, Natasha juga mengamalkan gaya hidup termasuk sukan memanah dan berkuda. Dia sendiri juga ada kelompok peminat di Indonesia kerana produk kami sendiri mendapat sambutan positif di sana.

"Semestinya memiliki wajah kacukan dan kulit cantik serta sihat menambat hati kami. Selain itu dia juga antara ikon kepada wanita Muslimah. Dia akan membantu kami mempromosikan produk ini di laman sosial selain mengikuti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama pasukan Crystal C White," kata Reena yang berpengalaman lebih 12 tahun dalam dunia perniagaan produk berasaskan kosmetik dan kesihatan.

Untuk keterangan lebih lanjut ikuti laman instagram Crystal C White iaitu @crystalcwhite_hq atau Facebook page CrystalCWhite HQ.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2021 @ 10:56 PM