AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia merampas 29 set peralatan bubu naga di kedudukan 5.4 batu nautika Barat Daya Pulau Pasir Hitam, kelmarin. FOTO Ihsan APMM
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia merampas 29 set peralatan bubu naga di kedudukan 5.4 batu nautika Barat Daya Pulau Pasir Hitam, kelmarin. FOTO Ihsan APMM
Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 29 set bubu naga di kedudukan 5.4 batu nautika Barat Daya Pulau Pasir Hitam, di sini, kelmarin.

Pengarah APMM Perak Kepten Shahrizan Raman berkata, anggota bot Petir 80 mengesan sesuatu mencurigakan pada permukaan air sebelum mendapati ia adalah penanda bubu naga yang dipasang secara haram.

"Rampasan bubu naga itu dibuat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana kesalahan melanggar syarat penggunaan peralatan menangkap ikan.

"Peralatan itu dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu, di sini, bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, komuniti maritim terutama nelayan pesisir pantai dinasihatkan tidak menggunakan peralatan bubu naga yang menjadi kesalahan kerana turut berpotensi memusnahkan biodiversiti marin di perairan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2020 @ 2:18 PM