APMM menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas B1 kerana menceroboh zon tangkapan ikan di kedudukan 5.45 batu nautika barat  laut Sungai Belukang di Bagan Datuk, semalam. FOTO ihsan APMM
APMM menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas B1 kerana menceroboh zon tangkapan ikan di kedudukan 5.45 batu nautika barat laut Sungai Belukang di Bagan Datuk, semalam. FOTO ihsan APMM
Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas B1 kerana menceroboh zon tangkapan ikan di kedudukan 5.45 batu nautika barat laut Sungai Belukang di Bagan Datuk, semalam.

Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, penahanan bot bersama dua kru tempatan itu dilakukan pada 6.44 petang hasil maklumat awam.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan oleh dua kru berusia 46 dan 54 tahun.

"Ketika ditahan, bot berkenaan disyaki sedang menangkap ikan kurang daripada 8.0 batu nautika di perairan berkenaan sekali gus melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.

"Kita turut merampas 30 kilogram pelbagai jenis ikan dan peralatan pukat tunda yang digunakan bot berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, bot bersama kru dan rampasan dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 6:37 PM