JKM Hulu Langat mengesan ibu kandung kepada dua bayi perempuan yang ditinggalkan di hospital pada Januari dan Mac lalu. FOTO ihsan JKM
JKM Hulu Langat mengesan ibu kandung kepada dua bayi perempuan yang ditinggalkan di hospital pada Januari dan Mac lalu. FOTO ihsan JKM
Nurul Hidayah Bahaudin


Hulu Langat: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat sedang mengesan ibu kandung kepada dua bayi perempuan yang ditinggalkan di hospital pada Januari dan Mac lalu.

JKM Hulu Langat dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bayi pertama ditinggalkan di Blok N, Flat Dato Ahmad Razali, Ampang, pada 3 Mac lalu dan ditemui orang awam sebelum dibawa ke Hospital Ampang.

"Bagi bayi kedua pula dilahirkan dalam teksi ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan swasta di Pandan Indah pada 30 Januari lalu.

"Bayi berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Ampang selepas ibu kandungnya ditahan pihak polis kerana dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

"Bagaimanapun, wanita itu yang dihantar ke Hospital Sungai Buloh kerana positif Covid-19 disyaki melarikan diri selepas itu," katanya dalam kenyataan ini.

Kenyataan itu menyebut bayi ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras melalui perintah mahkamah mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 31 Mac lalu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat di talian 03-83738007 untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 9:58 AM