AHLI keluarga menuntut jenazah Zainab Wahab, dan Muhammad Saqeef, berusia 22 hari, di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap untuk dikebumikan di Pendang, Kedah. FOTO Danial Saad
AHLI keluarga menuntut jenazah Zainab Wahab, dan Muhammad Saqeef, berusia 22 hari, di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap untuk dikebumikan di Pendang, Kedah. FOTO Danial Saad
Nur Izzati Mohamad

Nibong Tebal: "Mana Aisy... Aisy dah tiada," Itu ayat yang keluar dari mulut pemain kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, ketika menunggu jenazah bayi lelakinya di Unit Forensik, Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini, hari ini. Perkara itu dimaklumkan adiknya iaitu Muhammad Zulfadhli, 24, apabila melihat abangnya seperti tercari-cari Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari ketika dia menemani penyerang Johor Darul Tak'zim (JDT) itu.

Muhammad Zulfadhli berkata, abangnya mengalirkan air mata apabila didekati rakan dan saudara mara, malah enggan bercakap dengan sesiapa berikutan terkejut dengan insiden itu.

"Abang terlalu sedih dengan pemergian bayi lelaki dan ibu mentuanya sehinggakan dia banyak berdiam diri kerana terlalu terkejut.

"Ramai yang menghubunginya, namun dia tidak mampu menjawab segala pertanyaan buat masa ini," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi tadi, kenderaan dinaiki Muhammad Syafiq, 25, bersama lima yang lain terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Plaza Tol Jawi, di sini.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyata Vellfire dipandu Muhammad Syafiq dalam perjalanan membawa isterinya, Nur Amalina Norain, 25 yang sedang pantang ke kampung mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut berada dalam kenderaan terbabit adalah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dua anaknya Muhammad Aisy Saqeef dan Aaira Nur Saffiyya, 2, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Kemalangan itu mengorbankan Zainab, Muhammad Aisy Saqeef dan pembantu rumah manakala Muhammad Syafiq, isteri dan anak sulungnya cedera ringan.

Difahamkan, Muhammad Syafiq kebiasaannya akan pulang menaiki kapal terbang, namun dia memilih untuk memandu kenderaan sebelum kejadian berlaku.

Berita berkaitan

Jenazah ibu mentua, bayi Muhammad Syafiq akan dikebumi satu liang

Beri peluang Syafiq kembali pulih: Cheng Hoe [METROTV]

Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq pulang ke Pendang, Kedah [METROTV]

Tak sangka isteri, cucu pulang sebagai jenazah...

Ayah Syafiq tak sempat jumpa cucu [METROTV]

'Kami sentiasa bersamamu, Syafiq' - TMJ

Syafiq kehilangan anak, JDT FAM ucap takziah

Penyerang JDT terbabit kemalangan, tiga termasuk bayi maut [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 5:45 PM