Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Lelaki Nigeria yang mencampak cucu tirinya berusia empat tahun dari tingkat tiga apartment di Danau Kota, Setapak pada 29 November lalu disambung reman tujuh hari lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, suspek berusia 42 tahun disambung reman sehingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Suspek kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami kecederaan patah tulang pinggul serta cedera di kaki dan tangan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Pada 29 November lalu, kanak-kanak berusia empat tahun itu maut selepas dicampak oleh datuk tirinya dari tingkat tiga apartmen berkenaan.

Nik Ros Azhan sebelum ini berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 pagi sebelum sepasukan polis Wangsa Maju dengan bantuan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan D9 JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

Siasatan polis mendapati lelaki berkenaan cuba merogol seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu.

Bagaimanapun, perbuatan itu cuba dihalang isteri dan anak tirinya yang lain berusia antara 19 hingga 29 tahun.

Berang dengan tindakan itu, lelaki terbabit suspek mengamuk dan memukul semua mangsa (termasuk isteri, anak-anak tiri serta mangsa) yang berada di dalam rumah berkenaan.

Suspek mencampak cucu tirinya itu sebelum terjun dari tingkap sama.

Berita berkaitan:

  • Bunuh cucu: Polis siasat dakwaan suspek terbabit ajaran sesat
  • Ibu di ICU, kakak, adik dalam rawatan
  • Baling telefon sebelum campak budak [METROTV]
  • Budak maut dicampak dari tingkat 3
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 2:38 PM