HUZIR Mohamed. FOTO Asyraf Hamzah.
HUZIR Mohamed. FOTO Asyraf Hamzah.
M Hifzuddin Ikhsan


Kangar: Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi memastikan tiga suspek kes serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang masih berada di Thailand, dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata, ketiga-tiganya warga negara itu termasuk seorang yang dipercayai ketua kumpulan sindiket jenayah, diperlukan bagi melengkapkan siasatan kes.

"Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad sudah beberapa kali berhubung dan mengadakan perbincangan bersama Polis Thailand berkaitan tiga suspek yang masih berada di negara itu, tetapi tiada kata putus diberikan.

"Kita dimaklumkan mereka (Polis Thailand) akan berhubung dengan pihak berkuasa di Bangkok sebelum membuat keputusan untuk menyerahkan suspek atau tidak.

"Jadi, kita akan bawa perkara ini ke Bukit Aman dan tubuhkan pasukan khas untuk berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Polis Thailand di Bangkok dan mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.

Terdahulu beliau bersama pegawai kanan JSJ Bukit Aman mengadakan mesyuarat bersama Surina bagi membincangkan kejadian serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu.

Mengulas lanjut, Huzir berkata, sangat penting buat ketiga-tiga suspek itu diadili di Malaysia kerana seorang daripadanya perancang dalam kegiatan jenayah di sempadan

"Kita memang memerlukan mereka supaya tindakan boleh diambil di negara di mana tempat berlakunya insiden anggota PGA Batalion 3 terbunuh dan seorang parah.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai suspek ditahan kerana operasi masih dilakukan dan berharap hasilnya akan memberi kesan positif," katanya.

Setakat ini, seramai 22 suspek termasuk empat warga Thailand ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta cubaan membunuh.

Sementara itu, Surina memaklumkan pihaknya akan menyerahkan 15 suspek warga tempatan kepada polis Kedah berikutan mereka disyaki mempunyai kaitan dua kes serangan ke atas anggota PGA di Bukita Kayu Hitam pada 13 dan 26 November lalu.

"Reman ke atas 15 suspek terbabit akan disambung dan terus akan diserahkan kepada JSJ Kedah," katanya.

Dalam serangan pada jam 3.10 pagi, 24 November lalu di kawasan sempadan dekat Padang Besar, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di lokasi selepas terkena tembakan, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, parah dan masih dirawat.

Berita berkaitan

Tugu peringatan Sarjan Baharuddin di lokasi kejadian [METROTV]

Reman 4 lagi suspek kes tembak anggota PGA dilanjutkan

Reman 3 lelaki Thailand tembak anggota PGA disambung

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 4:29 PM