Zuliaty Zulkiffli

Bukit Kayu Hitam: Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) bercadang untuk membina tugu peringatan bagi menghargai jasa dan pengorbanan Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dalam kejadian berbalas tembak dengan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand, minggu lalu.

Tugu itu akan dibina di lokasi kejadian berhampiran Pos TS9 Padang Besar, Perlis sejurus siasatan berkaitan kes itu selesai nanti.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak, Superintendan Rosman Kasman berkata, tugu peringatan itu akan menjadi kenangan bukan saja buat pasukan Batalion 3 ketika datang semula bertugas di situ nanti malah untuk tinggalan sejarah buat anggota batalion lain ketika melakukan penugasan di kawasan itu.

Beliau berkata, pengorbanan mendiang bertempur kerana mempertahankan negara sangat besar dan perlu dijadikan iktibar kepada anggota generasi muda supaya jangan beri muka pada musuh selain sentiasa berhati-hati ketika menjalankan tugas.

"Saya tak mahu orang ingat mendiang pada ketika ini saja dan saya nak jasa dan pengorbanan mendiang diabadikan melalui tugu peringatan itu.

"Saya akan berbincang dengan semua pihak supaya apa yang dicadangkan ini dapat ditunaikan," katanya ketika ditemui di Markas Taktikal Briged Utara PGA, di sini, semalam.

Terdahulu, Rosman turut melakukan rondaan di jalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand dan melawat semula lokasi kejadian membabitkan dua anggotanya itu.

ROSMAN ketika tinjauan di lokasi kejadian tembak membabitkan dua anggotanya dengan penyeludup. FOTO Zuliaty Zulkiffli
ROSMAN ketika tinjauan di lokasi kejadian tembak membabitkan dua anggotanya dengan penyeludup. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Dalam pada itu, pihaknya juga bercadang untuk menamakan stadium mini di Kem Batalion 3 PGA di Bidor, Perak dengan nama Astaka Sarjan Baharuddin sebagai mengenang jasa mendiang.

Katanya, ini kerana minat mendiang yang mendalam terhadap bola sepak selain sentiasa menjaga padang bola sepak dengan baik.

"Mendiang sangat rajin, kalau berada di kem, dialah yang selalu memotong rumput dan mengendalikan kawasan padang bola kerana minatnya terhadap bola sepak.

"Sepanjang saya mengenalinya, mendiang rapat dengan saya dan sentiasa berbincang jika ada sebarang masalah tetapi dia suka bersendirian," katanya.

Selain itu, pihaknya juga sentiasa mendoakan seorang lagi anggota, Sarjan Norihan Tari, 39, yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang kembali pulih.

Katanya, beliau bangga dengan kejayaan dua anggotanya yang sanggup berjuang demi kedaulatan dan keamanan negara.

Dalam kejadian 24 November lalu, dua anggota Batalion 3 diserang hendap oleh penyeludup di kawasan berhampiran Pos TS9 Padang Besar, Perlis.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, Sarjan Baharuddin Ramli terkorban selepas ditembak penyeludup manakala rakannya, Sarjan Norihan cedera akibat terkena tembakan di perut namun sempat menyelamatkan diri untuk mendapatkan bantuan di pos berhampiran.

Berita berkaitan

Reman 4 lagi suspek kes tembak anggota PGA dilanjutkan

Reman 3 lelaki Thailand tembak anggota PGA disambung

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 11:31 AM