Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditembak penyeludup di sempadan negara dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) dan dinaikkan pangkat kepada Sarjan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemberian PGB selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Selain itu, Kementerian Dalam Negara (KDN) juga memperakukan supaya mendiang Koperal Baharuddin Ramli dinaikkan pangkat kepada Sarjan dan anggota PGA yang cedera, Koperal Norihan Tari dinaikkan pangkat yang sama secara medan," katanya ketika menjawab soalan lisan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS- Kuala Krai) yang mahu KDN memperincikan insiden serangan terhadap dua anggota PGA itu dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Memperincikan kejadian itu, Hamzah berkata, dalam kejadian 3.10 pagi pada 24 November lalu, dua anggota PGA daripada skim Orang Asli Senai Praaq sedang menjalankan risikan di kawasan pintu A3, pos tembok sempadan 9, Padang Besar, Perlis.

"Ketika penugasan tersebut mereka terserempak dengan satu kumpulan penyeludup seramai 13 orang yang sedang menjalankan aktiviti penyeludupan.

"Dua anggota PGA tersebut diserang menggunakan senjata api dan kejadian berbalas tembakan telah berlaku. Dukacita dimaklumkan Koperal Baharuddin Ramli terkorban di tempat kejadian manakala Koperal Norihan Tari cedera parah terkena tembakan," katanya.

Hamzah berkata, selepas kejadian itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggeledah dan berjaya menahan dua penyeludup warga Thailand dan seorang lagi warga Thailand ditahan keesokan harinya.

"Hasil siasatan lanjut, PDRM berjaya menahan 15 lagi suspek warga Malaysia dan seorang warga Thailand.

"Ini menjadikan jumlah yang ditahan PDRM berjumlah 19 suspek yang terdiri daripada 15 warga Malaysia dan empat warga Thailand.

RAMLI Derus bapa kepada mendiang Baharuddin kelihatan sugul di sisi keranda anaknya pada Upacara Istiadat Pengebumian Kehormat Anggota PGA di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo, semalam. FOTO BERNAMA
RAMLI Derus bapa kepada mendiang Baharuddin kelihatan sugul di sisi keranda anaknya pada Upacara Istiadat Pengebumian Kehormat Anggota PGA di Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Sungai Sampo, semalam. FOTO BERNAMA

"Selain itu, pihak berkuasa Thailand juga menahan empat suspek warga Thailand termasuk tiga yang cuba mendapatkan rawatan di hospital bagi kecederaan akibat tembakan," katanya.

Katanya ,siasatan awal PDRM mengesyaki kumpulan ini menyeludup dadah secara sistem barter dengan pertukaran daun ketum dari Malaysia dan dadah dari Thailand.

"Saya menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan megambil tindakan tegas terhadap mereka terlbabit.

"KDN sedang merangka pelan strategik secara holistik bagi memperkasakan pelan kawalan keselamatan di sempadan negara selain perolehan aset dan fasiliti bersifat moden dan terkini seperti Drone Personal Carrier, Night Vision Goggles, GPS Tracker dan peralatan lain utk keselamatan sempadan," katanya.

Menurutnya, KDN berpandangan kesiapsiagaan dan keupayaan anggota keselamatan bertungkus lumus bertugas di sempadan juga harus diperkasakan.

"Perkara ini dapat direalisasikan melalui latihan dan kerjasama strategik bersama agensi dalam dan luar negara," katanya.

Berita berkaitan

Balu Sarjan Baharuddin terima sumbangan Yang di-Pertuan Agong

Sarjan Norihan jalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang

'Bapa teringin melawat Norihan'

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 11:00 AM