SAHABUDIN ABD MANAN
SAHABUDIN ABD MANAN
Audrey Dermawan


Georgetown: Sarjan Norihan Tari mula menunjukkan perkembangan positif selepas berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan peluru semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, Norihan, 39, dilihat memberikan tindak balas apabila bercakap dengannya pagi tadi.

Sahabudin yang ditemani isteri Norihan melawat mangsa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Besar Pulau Pinang pagi tadi.

"Apa yang saya boleh katakan ialah beliau menunjukkan perkembangan positif dan memberi tindak balas apabila saya bercakap dengannya. Beliau dalam keadaan stabil.

"Isteri beliau juga berada di sisinya untuk memberikan sokongan," katanya.

Norihan menjalani pembedahan semalam bagi mengeluarkan dua daripada tiga peluru di dalam badannya, susulan insiden tembakan bersama sekumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis, Selasa.

Pada malam Rabu, Norihan dipindahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan dan rawatan lanjut untuk mengeluarkan semua peluru itu.

Dalam insiden pada jam 3.10 pagi Selasa itu, Norihan dan Sarjan Baharuddin Ramli, 54, berdepan kejadian tembak menembak bersama sekumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand.

Badaruddin terbunuh manakala Norihan mengalami kecederaan parah. Kedua-dua mereka adalah anggota Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerak Am (PGA) yang terbabit dalam Op Benteng.

Semalam, doktor berjaya mengeluarkan dua butir peluru dari perut Norihan, yang terletak berhampiran tulang belakang beliau.

Sebutir lagi peluru berhampiran paru-paru mangsa bagaimanapun masih berada di situ.

Menurut Sahabudin, pembedahan susulan bagi mengeluarkan peluru berkenaan adalah bergantung kepada keadaan Norihan.

Berita berkaitan

Balu Sarjan Baharuddin terima sumbangan Yang di-Pertuan Agong

Sarjan Norihan jalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang

'Bapa teringin melawat Norihan'

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 2:38 PM