M Hifzuddin Ikhsan

Kangar: Reman ke atas empat suspek termasuk lelaki dipercayai ketua sindiket penyeludupan yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, 24 November lalu, dilanjutkan enam dan tujuh hari lagi.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali, selepas mendapat permohonan polis bagi meneruskan siasatan kes terbabit.

Terdahulu, empat suspek termasuk seorang lelaki Thailand berusia 27 tahun tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pada 9 pagi dengan menaiki van polis sebelum terus dibawa ke bilik reman.

Reman ke atas warga Thailand dan lelaki dipercayai ketua sindiket berusia 45 tahun disambung tujuh hari, manakala dua lagi suspek warga tempatan berusia 22 dan dan 26 tahun disambung enam hari.

EMPAT suspek terbabit kes serangan ke atas anggota PGA tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini untuk perintah lanjutan reman. FOTO Amran Hamid.
EMPAT suspek terbabit kes serangan ke atas anggota PGA tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini untuk perintah lanjutan reman. FOTO Amran Hamid.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta cubaan membunuh.

Berikutan itu, semua suspek dibawa kembali ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut.

Dalam insiden 3.10 pagi di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di lokasi selepas terkena tembakan, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, parah dan masih dirawat.

Berita berkaitan

Reman 3 lelaki Thailand tembak anggota PGA disambung

'Bapa mana mak?' - anak Koperal Norihan

2 anggota PGA dinaikkan pangkat Sarjan bagi hargai keberanian mereka [METROTV]

Koperal Baharuddin selamat dikebumikan

3 lelaki Thailand, 15 tempatan direman

PGA ditembak: Mendiang mahu baiki rumah

2 das tembakan di perut, dada Koperal Baharuddin

PGA ditembak: 'Tak sangka itu gurauan terakhir mendiang'

''Mendiang abang cekal, sangat berani'''

'PGA ditembak: Mendiang dibawa ke Bahau selepas selesai bedah siasat''

'Pemergian Baharuddin kehilangan besar buat negara''

Anggota VAT69 pantau lokasi serangan - KPN'

Anggota PGA maut diserang: KDN arah siasatan menyeluruh'

Ketua Polis Negara sahkan anggota PGA maut ditembak'

'Sindiket penyeludupan dipercayai serang anggota PGA'

'Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 11:26 AM