CHE Azman tunjuk satu pain darah yang diderma untuk tabung darah Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, di Stesen Keretapi Lama, Gua Musang, di sini, hari ini. FOTO Ramli Ibrahim
CHE Azman tunjuk satu pain darah yang diderma untuk tabung darah Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, di Stesen Keretapi Lama, Gua Musang, di sini, hari ini. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Pada usia 50 tahun, seorang penderma darah mengakui semakin sihat setiap kali selepas menderma darah termasuk kali terakhir, hari ini.

Che Azman Che Awang, berkata, sejak 20 tahun lalu, dia sudah 24 kali menderma darah sama ada secara sukarela atau membantu keperluan pesakit ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat Covid-19 ketika ini.

"Sejak kebelakangan ini, saya sentiasa menderma darah apabila ada kempen derma darah dan atas nasihat pegawai perubatan bertugas.

"Saya tidak mengharapkan ganjaran atas sumbangan darah itu dan lebih penting menyelamatkan pesakit memerlukan darah dalam tempoh PKPB ini," katanya.

Che Azman ditemui pada prorgam derma darah anjuran bersama Kelab Lion Gua Musang, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Rela dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Stesen Keretapi Lama Gua Musang, hari ini.

Penderma kali pertama, Chong Sik Jiang, 30, berkata, dia pada mulanya rasa gugup dan diberi nasihat daripada banyak pihak termasuk rakan yang sudah biasa menderma darah sebelum ini.

"Ada kawan beritahu kepentingan menderma darah untuk kesihatan diri sendiri, selain membantu orang yang memerlukan darah.

"Memang pada mula-mulanya agak gugup, tetapi saya akan terus menderma darah pada masa akan datang kerana tubuh rasa lebih ringan dan sihat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 2:16 PM