CHE Adam ketika program derma darah . FOTO Mohd Rafi Mamat
CHE Adam ketika program derma darah . FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang sedia menghantar 60 hingga 80 anggota secara berperingkat untuk misi bantuan pasca banjir ke Terengganu.

Pengarahnya Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, penghantaran pasukan ke Kemaman bermula semalam dengan 30 anggota bersama sebuah lori.

Fasa kedua ke Hulu Terengganu dijangka Ahad depan juga dengan 30 anggota.

"Pada masa yang sama, kami mempersiapkan anggota secara berperingkat untuk fasa seterusnya berdasarkan keperluan melalui penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah terlibat," katanya pada Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun APM Ke-70 di sini, semalam.

Che Adam berkata, sebelum ini pihaknya menghantar enam pegawai bersama dua lori bagi membantu memindahkan mangsa banjir di Kemaman dan Dungun,Terengganu.

Mengulas tentang program derma darah sempena Hari Ulang Tahun APM Ke-70 peringkat APM Pahang, Che Adam berkata, lebih 80 individu mendaftar sehingga tengah hari semalam.

"Kita jangkakan lebih 100 penderma akan berbuat demikian sehingga petang ini (semalam)," katanya yang turut sama menderma darah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2022 @ 10:28 AM