ARIFIN ketika menyampaikan sumbangan dari Pusat Zakat Sabah kepada Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Nora Musa (kiri) di pintu masuk Penjara Kepayan. FOTO BERNAMA
ARIFIN ketika menyampaikan sumbangan dari Pusat Zakat Sabah kepada Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Nora Musa (kiri) di pintu masuk Penjara Kepayan. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kota Kinabalu: Pusat Zakat Sabah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Penjara di Kepayan yang kini berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 21 Oktober hingga 2 November ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Arifin Mohd Arif berkata, sumbangan bertujuan membantu kakitangan jabatan menguruskan banduan di penjara itu yang kini menjalani kuarantin bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

"Hari ini kita menyampaikan sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah dan beberapa keperluan lain termasuk khemah dan pelitup muka kepada kakitangan di Jabatan Penjara ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu kepada Pengarah Penjara Kepayan dan Wilayah Persekutuan Labuan Nora Musa, di sini, hari ini.

Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar dan wakil kakitangan Pusat Zakat Sabah.

Pelaksanaan PKPD di Penjara Kepayan selama 14 hari itu melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 banduan dan 597 kakitangan penjara berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 7:36 PM