Motosikal ditunggangi mangsa remuk teruk selepas dilanggar kereta terbabit. FOTO RAMLI IBRAHIM
Motosikal ditunggangi mangsa remuk teruk selepas dilanggar kereta terbabit. FOTO RAMLI IBRAHIM
Ramli Ibrahim


Gua Musang: Pelajar lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh kereta ketika memasuki simpang Felda Chiku 2 di Kilometer 35 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Mohamad Iskandar Zulkarnain Muhamad, 16, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, mangsa dalam perjalanan dari arah Gua Musang untuk pulang ke rumahnya di Felda Chiku 2.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mangsa yang membelok motosikalnya ke kanan memasuki simpang jalan itu dilanggar kereta jenis Audi S4 dipandu lelaki berusia 29 tahun berasal dari Felda Chiku 6.

"Mangsa tercampak ke dalam semak sejauh lima meter daripada motosikal selepas dirempuh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Taufik berkata, mangsa yang parah di kepala dan badan meninggal dunia disahkan meninggal dunia di tampat kejadian manakala pemandu kereta hanya cedera.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk urusan pengebumian dan Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 6:27 PM