Proton Satria dinaiki tiga beranak yang maut remuk dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan. FOTO Ramli Ibrahim
Proton Satria dinaiki tiga beranak yang maut remuk dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


TIGA beranak maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 29, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Felda Chiku 1, Gua Musang hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa yang maut adalah ibu tunggal bersama dua anaknya namun identiti mereka belum dikenal pasti.

Ketika kejadian, mangsa yang menaiki Proton Satria dan tinggal di Kampung Gua Sejuk dalam perjalanan menghala ke Felda Chiku 1.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, sebaik tiba di lokasi kereta dipandu mangsa cuba memotong kenderaan lain yang memasuki simpang kiri sebelum bertembung dengan dua kenderaan dari arah bertentangan.

Katanya, akibat pertembungan itu, anak perempuan sulung mangsa berusia lima tahun meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

“Ibu tunggal itu bersama seorang lagi anak bongsunya berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 4:02 PM