Penghadang konkrit diletakkan di salah satu lorong tikus di daerah ini bagi mengelakkan pengguna jalan raya menjadikannya sebagai laluan alternatif. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Penghadang konkrit diletakkan di salah satu lorong tikus di daerah ini bagi mengelakkan pengguna jalan raya menjadikannya sebagai laluan alternatif. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Amirul Aiman Hamsuddin

Sabak Bernam: Cubaan pihak tertentu untuk meloloskan diri menggunakan lorong tikus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah ini tampak mustahil apabila polis sudah mengenal pasti laluan yang digunakan untuk merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, dua lorong tikus itu sudah dikenal pasti iaitu di bawah jambatan menghubungkan Sabak Bernam ke Teluk Intan dan pusingan U di Bagan Nira.

"Kami sudah menutup dua laluan itu menggunakan penghadang konkrit selepas mendapati pengguna jalan raya menjadikannya sebagai laluan alternatif bagi mengelak SJR.

"Kami akan melakukan pemantauan pada setiap masa di dua laluan itu," katanya dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Agus Salim berkata, tiga SJR diadakan di daerah ini susulan pelaksanaan PKPB.

"Ia membabitkan Jalan Kuala Selangor menghala ke Sekinchan, Jalan Merbau Berdarah dan Jalan Bagan Nira," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 5:28 PM