Meriahkan hujung minggu bersama keluarga dengan menonton Jom Heboh di Rumah sambil menikmati hidangan kegemaran anda melalui McDelivery - FOTO McDonald’s
Meriahkan hujung minggu bersama keluarga dengan menonton Jom Heboh di Rumah sambil menikmati hidangan kegemaran anda melalui McDelivery - FOTO McDonald’s
Mohammad Asyraf Khalib

MENONTON kemeriahan program Jom Heboh di Rumah yang memaparkan pelbagai aktiviti menarik serta persembahan artis popular tanah air bersama keluarga pasti cukup mengujakan dengan sajian enak daripada McDonald's.

Tidak perlu keluar rumah dan terlepas pelbagai acara serta persembahan hebat artis popular saat menonton Jom Heboh di Rumah kerana McDelivery akan menghantar hidangan kegemaran anda pada bila-bila masa.

Tawaran istimewa

Pelbagai menu kegemaran ditawarkan seperti kombo istimewa, set nilai hebat dan set keluarga yang berbaloi serta menjadi pilihan tepat untuk santapan seisi keluarga. 

Selain itu, nikmati enam ketul Chicken McNuggets secara percuma dengan menggunakan kod promo 'JHMCD' ketika membuat pesanan. 

Tawaran ini hanya sah pada 29 dan 30 Ogos sahaja dan tertakluk pada terma dan syarat. Nilai minimum untuk setiap pesanan adalah RM18 dan caj penghantaran RM5 akan dikenakan. 

Kongsi gambar dan menang

Image

Anda juga berpeluang untuk memenangi wang tunai dan baucar tunai bernilai RM20,000 daripada McDonald's dengan hanya berkongsi gambar kemeriahan anda menikmati hidangan McDonald's di rumah. Hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1 : Ambil gambar.

Langkah 2 : Sertakan kapsyen kreatif tidak melebihi 30 patah perkataan.

Langkah 3 : Muat naik di Instagram beserta #JHDRbersamaMcDelivery #MerdekabersamaMcDelivery

Langkah 4: Pastikan akaun Instagram bukan dalam mod privasi.

Pertandingan ini bermula dari 25 Ogos dan berakhir 30 Ogos, jam 6 petang. Keputusan pula akan diumumkan pada 30 Ogos, Ahad, jam 10.50 malam di TV9 dan 11.40 malam di TV3.

Selamat dan mudah

Bagi yang ingin meraikan sambutan Hari Kebangsaan di rumah, Parties@Home melalui McDelivery bukan sahaja memudahkan malah menawarkan hidangan terbaik buat pelanggan.

Dengan Parties@Home melalui McDelivery, McDonald's menghantar kemeriahan pada bila-bila masa di mana sahaja. 

Jadi, pesan McDelivery sekarang! Bukan sahaja lebih puas dan lebih nilai malah senang kerana segalanya hanya di hujung jari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 5:49 PM