Nurshafika Suhaimi

TIDAK dinafikan dalam perubahan ekonomi tidak menentu, menyimpan wang adalah salah satu aspek penting dalam membina masa depan kewangan yang lebih terjamin.

Kadangkala terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan yang agak terhad setiap kali berbelanja. 

Bagaimanapun, dengan kaedah perbelanjaan yang betul dan efisien, sudah pasti anda dapat seimbangkan kedua-duanya. 

Sebagai contoh, anda boleh berbelanja dengan cara pembayaran terbaharu "SPayLater Bayar Bulan Depan, 0 Kos" iaitu perkhidmatan  yang memberikan keistimewaan untuk membeli sekarang dan membayar pada bulan kemudian tanpa kos tambahan.

Cara pembayaran ini memudahkan pengguna untuk merancang perbelanjaan yang tidak dijangka sekali gus berfungsi sebagai alat berguna untuk menguruskan aliran tunai.

Dengan rekod pembayaran akan datang daripada SPayLater, sudah pasti anda akan lebih berhati-hati dalam membuat pembelian seterusnya untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan.

Penyelesaian pembayaran telus

Jika sebelum ini, pengguna SPayLater perlu membayar kos tambahan 1.5 peratus, namun kini tidak lagi dengan 'Bayar Bulan Depan, 0 Kos'.

Ini kerana mereka hanya perlu memilih untuk menjelaskan pembayaran sepenuhnya pada bulan berikutnya.

Kos tambahan 1.5 peratus sebulan hanya akan dikenakan kepada pengguna yang memilih pelan ansuran 3,6 atau 12 bulan dengan SPayLater. 

Oleh itu, ciri ini menawarkan kemudahan yang serupa dengan tempoh tanpa kos, di mana pengguna boleh menangguhkan pembayaran untuk pembelian mereka untuk satu tempoh ditetapkan tanpa dikenakan kos tambahan. 

Bagaimanapun, tarikh tamat pembayaran anda tidak semestinya pada hari yang sama membeli produk.

Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan "Bayar Bulan Depan, 0 Kos" untuk membeli produk pada 13 Januari, tarikh tamat pembayaran anda mungkin pada 1 atau 10 Februari.

Bagi pengguna yang lewat untuk membuat pembayaran pada tarikh ditetapkan, akaun akan dibekukan dan mereka perlu membayar kos pembayaran lewat RM10 untuk mengaktifkan semula akaun SPayLater.

Dengan kemas kini ini, SPayLater menerima pensijilan patuh syariah daripada Amanie Advisors. 

Kemudahan pembayaran dalam dan luar talian

Selain itu, Shopee menawarkan baucar SPayLater bernilai sehingga RM45 jika berbelanja melalui talian.*

Untuk  pengguna yang baru mengaktifkan SPayLater, Shopee akan memberikan baucar diskaun sebanyak RM15*. 

Tidak ketinggalan kepada pengguna yang gemar membeli-belah secara fizikal, dapatkan RM5 pulangan tunai apabila anda berbelanja buat kali pertama apabila membuat pembayaran di kaunter kedai fizikal.

Bukan itu sahaja, pengguna juga dapat menikmati diskaun sehingga RM40 di The-Store, Courts, Vivo, Jakel dan lebih banyak kedai serta tambahan diskaun sehingga RM15 di Lotus's, Mydin, BHPetrol dengan SPaylater.

Cara bayar menggunakan SPayLater

Image

Anda juga boleh menggunakan SPayLater  apabila membayar dengan kod QR di kedai terpilih, Shopee atau kedai luar talian dan dalam talian seperti Mydin, Lotus, Shell, SenHeng, CompAsia, Bjak dan lain-lain. 

Hanya perlu pilih kod QR, masukkan PIN ShopeePay, klik kaedah pembayaran dan akhir sekali tunjukkan kod QR kepada pedagang ShopeePay atau anda boleh membayar dengan pengimbas di aplikasi Shopee, seterusnya pilih cara bayaran dengan SPayLater.

Hanya Imbas & Bayar dengan SPayLater di lebih dari 1.8 juta peruncit Duitnow QR .

Pengguna juga boleh menggunakan kaedah pembayaran "Bayar Bulan Depan, 0 kos".

Cara aktifkan SPayLater di Shopee

Image

Sebelum menggunakan SPayLater, pastikan anda warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan MyKad anda telah disahkan.

Langkah 1 : Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian 'Me' > 'SPayLater'

Langkah 2 : Kemudian klik 'Activate Now'

Langkah 3 : Anda perlu masukkan kod pengesahan yang dihantar di nombor telefon anda

Langkah 4 : Muat naik gambar MyKad anda dan masukkan butiran yang diperlukan

Langkah 5 : Kemudian perlu melalui 'facial verification' dengan mengambill gambar 'selfie'

Langkah 6 : Selesai, kini SPayLater anda sudah diaktifkan

Had pada akaun SPayLater anda tertakluk pada semakan dan pelarasan berdasarkan tingkah laku perbelanjaan dan pembayaran balik anda.

Had ini mungkin meningkat atau berkurangan dari semasa ke semasa mengikut corak penggunaan anda.

Paling penting, sentiasa semak setiap aliran tunai serta perbelanjaan bagi mencapai matlamat kewangan lebih sihat pada masa hadapan. 

Untuk menjadi pengurusan kewangan yang bijak, dapatkan lebih banyak maklumat di sini.

*Dalam masa dan kuantiti yang terhad



Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2024 @ 4:16 PM