Tahun ini, McDonald’s bekerjasama dengan beberapa selebriti tanah air untuk menghantar hidangan McDonald’s di tahun baharu. - FOTO Hiasan
Tahun ini, McDonald’s bekerjasama dengan beberapa selebriti tanah air untuk menghantar hidangan McDonald’s di tahun baharu. - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

TAHUN 2021 sudah melabuhkan tirai dengan pelbagai kisah suka dan duka terpahat kemas di ingatan. 

Walaupun banyak cabaran melanda, tiada yang berputus asa sebaliknya mereka terus bangkit melangkah di tahun baharu dengan penuh semangat.

Bagi menyemarakkan semangat itu, McDonald's Malaysia melancarkan Karnival McDelivery dari 1 Januari hingga 28 Februari dengan menawarkan pelbagai promosi, diskaun dan hadiah menarik untuk rakyat Malaysia.

Pesan McDelivery, tebus ganjaran

Bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2022, rakyat Malaysia dijemput untuk menebus ganjaran istimewa seperti minuman dan aiskrim Sundae apabila memesan makanan menerusi McDelivery menggunakan kod promosi di bawah:

  • Minggu Pertama & Kedua (1 - 15 Januari): Hanya pesan 2 pc kombo karnival  dengan menggunakan kod 'COKEZERO', dan dapatkan 1 liter Coke Zero secara PERCUMA.
  • Minggu Ketiga & Keempat (16 - 31 Januari): Nikmati diskaun 20 peratus untuk menu à la carte terpilih sambil menggunakan kod 'COKEZERO' untuk dapatkan 1 liter Coke Zero secara PERCUMA.
  • Minggu Kelima & Keenam (1 - 14 Februari): Gunakan kod 'FREEMILO' ketika memesan 2 pc kombo karnival  dan dapatkan Milo 125ml secara percuma.
  • Minggu Ketujuh & Kelapan (15 - 28 Februari): Dapatkan Sundae berperisa coklat atau strawberi dalam setiap hidangan 2pc Kombo Karnival 

Selebriti hantar McDonald's dengan #SelebHantarMeals

Image

Tahun ini, McDonald's bekerjasama dengan beberapa selebriti tanah air seperti Alif Satar, Khai Bahar, Zahirah Macwilson, Nabil Ahmad, Aiman Hakim dan Hannah Delisha untuk menghantar hidangan McDonald's di tahun baharu.

Untuk merebut pengalaman istimewa ini, anda terlebih dahulu perlu memasukkan kod selebriti pilihan ketika memesan hidangan McDonald's bermula 1 hingga 11 Januari 2022 seperti ditunjukkan di bawah:

  1. Pesan mana-mana satu hidangan Kombo Karnival yang ditawarkan sepanjang Minggu 1 dan 2 menerusi McDelivery.
  2. Masukkan kod untuk selebriti pilihan anda ketika proses 'checkout' dan penyertaan anda akan dihantar.
  3. Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang untuk menang.

Selebriti yang dipilih akan berkunjung ke rumah 12 pemenang bertuah untuk menghantar pesanan McDonald's secara eksklusif. 

Ketahui lebih lanjut mengenai #SelebHantarMeals menerusi pautan ini

Gold McNuggets bernilai RM 10,000! 

Image

Sementara itu, McDonald's turut mengejutkan orang ramai dengan tawaran hadiah istimewa sempena perayaan Tahun Baru Cina iaitu Gold McNuggets yang bernilai RM 10,000.

Bermula 8 hingga 28 Februari, setiap pesanan melalui McDelivery akan datang disertakan dengan pelekat khas "peel & win" di atas setiap beg. 

Orang ramai berpeluang untuk memenangi Gold McNuggets dengan cara mudah iaitu anda hanya perlu memeriksa kandungan pelekat khas untuk mengetahui sama ada anda memenangi Gold McNuggets atau hadiah saguhati hidangan istimewa lain. 

Lebih menarik, anda memiliki peluang lebih cerah sekiranya anda membuat pembelian dalam kuantiti lebih banyak dan kerap.

Pesan McDelivery sekarang! 

Sepanjang Karnival McDelivery 2022 berlangsung, McDonald's menawarkan servis penghantaran percuma bagi semua pengguna baharu McDelivery. 

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk membuat pesanan McDelivery dan rebut semua promosi serta ganjaran sepanjang Karnival McDelivery. 

Muat turun aplikasi McDelivery menerusi App Store atau Google Play sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Karnival McDelivery, layari www.mcdelivery.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 2:16 PM