Antara barisan finalis yang bakal memeriahkan pentas AJL 35 - FOTO TV3
Antara barisan finalis yang bakal memeriahkan pentas AJL 35 - FOTO TV3
Mohammad Asyraf Khalib

DEBARAN pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) semakin terasa. 

Bagi memastikan persembahan semua finalis sempurna tanpa sebarang masalah, persiapan teliti giat dijalankan oleh pihak penganjur. 

Seharian bersama finalis AJL

Sebelum ini persiapan AJL hanya dapat ditonton melalui kaca televisyen.

Namun, tahun ini mungkin berbeza untuk pemenang peraduan Pengalaman Satu Hari Bersama Finalis AJL35.

Menerusi peraduan itu, McDonald's menawarkan peluang merasai pengalaman membantu finalis AJL 35 membuat persiapan akhir. 

Pemenang dan tiga ahli keluarga bakal dipilih untuk meluangkan masa seharian bersama seorang finalis.

Keluarga terpilih dibawa menemani finalis kesayangan ke studio latihan, membuat pemilihan busana dan latihan persembahan di pentas AJL 35. 

Lebih menarik, anda dan keluarga juga bakal mengakhiri pengalaman menarik itu dengan menikmati hidangan McDonald's bersama finalis kegemaran. 

Pengalaman manis anda sekeluarga bersama finalis turut dimuatkan dalam slot kapsul satu minit, bakal ditayangkan di Festival Muzik AJL. 

Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang membawa pulang baucar McDonald's untuk tempoh satu tahun. 

Berikut beberapa langkah mudah untuk menyertai peraduan ini. 

  1. Buat pesanan melalui McDelivery.
  2. Imbas kod QR dalam poster digital yang disertakan di bawah atau klik pautan ini untuk ke Google Form disediakan.
  3. Isi Google Form berkenaan dengan alamat e-mel dan nyatakan sebab mengapa anda ingin memenangi peraduan ini. Pastikan anda menggunakan alamat e-mel yang sama semasa membuat pesanan melalui McDelivery.
  4. Peserta dengan pesanan terbanyak dan jawapan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. 

Image

10 hadiah saguhati

Selain hadiah utama, McDonald's juga akan memilih 10 pemenang bertuah untuk menerima hadiah saguhati berupa baucar McDonald's bernilai RM200.

Sejajar pengumuman terbaharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelanggan disaran membuat pesanan secara dalam talian menerusi McDelivery kerana ia lebih mudah dan selamat.

Setelah itu, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dan menyertai peraduan ini sekarang. 

Lebih banyak anda membuat pesanan McDelivery, lebih tinggi peluang untuk menang!

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 12:25 PM