HASANUDDIN dilantik Ketua Polis Kedah. FOTO arkib NSTP
HASANUDDIN dilantik Ketua Polis Kedah. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat tujuh pegawai kanannya berkuat kuasa pada 17 Ogos 2020.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan bertukar sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Menurutnya, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Pulau Pinang dengan memangku Senior Asisten Komisioner (SAC).

"Selain itu, Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Asisten Komisioner, Ahmad Subri Ahmad dinaikkan pangkat Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Maklumat Sumber Manusia) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku SAC.

"Turut dinaikkan pangkat adalah Pegawai Turus Telekomunikasi (Operasi), Unit Telekomunikasi Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Superintendan Ismail Rajab ke Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati berkata, sementara itu, Superintendan (D10) Pengurusan Kualiti dan Akreditasi Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintendan Nor Azman Mohd Noor ditukar ke Ketua Polis Daerah Kota Setar dengan memangku ACP.

"Superintendan (D9) Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintendan Mohamad Razali Taib pula ditukar ke Penolong Pengarah (D14) Pengawasan/Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan memangku ACP.

"Superintendan (D4) Central Intelligence Unit (CIU), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Superintendan Noor Dellhan Yahaya ditukarkan ke ACP (D4) Central Intelligence Unit (CIU), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, dengan memangku ACP," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 9:23 PM