WARGA emas yang cuba membunuh diri di Lorong Haji Taib 5, Kuala Lumpur, diselamatkan bomba. FOTO ihsan bomba
WARGA emas yang cuba membunuh diri di Lorong Haji Taib 5, Kuala Lumpur, diselamatkan bomba. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


TINDAKAN warga emas yang dipercayai cuba membunuh diri dengan menggantung diri pada pokok di Lorong Haji Taib 5, Kuala Lumpur, hari ini, digagalkan anggota bomba.

Komander Operasi Suhaimi Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.52 tengah hari tadi.

"Lapan pegawai dan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati lelaki berusia lingkungan 60-an memanjat pokok dan mengugut untuk membunuh diri dengan bertindak mengikat tali di bahagian leher," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa berjaya dipujuk beberapa minit kemudian dan berjaya diselamatkan anggota bertugas.

"Operasi itu tamat jam 1.13 tengah hari dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 5:29 PM