Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Mahaizura Abd Malek


SERAMAI 386 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang memasuki hari ke 11, hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu berkurangan berbanding 550 individu yang ditahan hari sebelumnya.

"Daripada jumlah itu, 332 individu direman dan 54 dijamin polis manakala 860 individu dituduh di mahkamah semalam.

"Jumlah tangakapan itu menunjukkan rakyat dilihat semakin menyedari dan patuh dengan PKP," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengadakan 830 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 5837,320 kenderaan.

"Sebanyak 40,892 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dengan 5,817 premis diperiksa pihak berkuasa.

"Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 19,434 individu"katanya.

PETUGAS membuat semakan ketika Op Covid-19 di Cheras, 20 April lalu. FOTO Aizuddin Saad
PETUGAS membuat semakan ketika Op Covid-19 di Cheras, 20 April lalu. FOTO Aizuddin Saad

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 4,064 operasi sanitasi awam di 126 zon termasuk 13 di zon merah dilakukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 30 Mac lalu.

"Sebanyak 128 operasi sanitasi meliputi 38 zon di 11 negeri termasuk 31 kawasan di Johor dan 31 di Perak dilakukan semalam merangkumi enam bangunan kerajaan, 135 tempat awam, 107 pusat perniagaan dan 103 kawasan perumahan,"katanya.


  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 4:39 PM