JALAN lengang pada waktu malam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan akibat virus Covid 19.  FOTO Eizairi Shamsudin
JALAN lengang pada waktu malam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan akibat virus Covid 19. FOTO Eizairi Shamsudin
Nurul Amanina Suhaini


SERAMAI 849 individu didakwa di Mahkamah Johor Bahru atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seramai 510 individu turut dikompaun RM1,000 kerana ingkar PKP sejak 8 April hingga semalam.

Katanya, semalam juga pihaknya menahan 35 individu menjadikan keseluruhan 1,425 individu ditahan di seluruh negeri ini ditahan kerana ingkar PKP sejak 18 Mac.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada kenyataan hari ini.

Katanya, polis Johor akan mengambil tindakan lebih tegas bagi fasa kedua terhadap mana-mana individu yang ingkar dan tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, kerjasama semua pihak diharapkan untuk sentiasa berada di rumah seterusnya mengelak dikenakan tindakan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 April 2020 @ 10:13 AM