DR HANAFI menampal notis pemberitahuan kepada pelanggannya di luar kliniknya. FOTO Rosman Shamsudin
DR HANAFI menampal notis pemberitahuan kepada pelanggannya di luar kliniknya. FOTO Rosman Shamsudin
Rosman Shamsudin


SEORANG doktor di Slim River mengambil langkah proaktif terhadap individu yang datang untuk mendapatkan rawatan di kliniknya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Dr Hanafi Yahya, 33, berkata, langkah pencegahan itu terpaksa diambil untuk kebaikan pesakit dan beliau sendiri.

Menurutnya, hanya seorang sama ada ibu, bapa atau penjaga sahaja dibenarkan membawa anak mereka yang tidak sihat.

“Sebelum penularan Covid-19 di negara ini, ibu bapa dan pasangan penjaga bersama anak yang tidak sihat serta anak yang lain turut dibawa bersama ke klinik.

“Saya terpaksa mengenakan syarat ini kepada orang ramai sebagai salah satu langkah berjaga-jaga dan pencegahan bagi mengelak penularan wabak berbahaya ini,” katanya ketika ditemui di Poliklinik Dr Hanafi di Pusat Perniagaan Slim Perdana, dekat Slim River.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2020 @ 9:06 AM