GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mahaizura Abd Malik


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan satu akaun khas bagi membolehkan orang ramai menyumbang sepanjang menghadapi situasi Covid-19.

KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan orang ramai itu akan digunakan bagi tujuan membeli alat kelengkapan perubatan, keperluan ubat-ubatan, reagen, bahan pakai buang serta keperluan perubatan lain yang berkaitan di fasiliti KKM.

KKM menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang memberikan sumbangan.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun RHB Bank di 2-66016-0002347-5 dengan menyertakan nota Sumbangan Perubatan KKM.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-88833111 atau emelkan kepada sumbangan [email protected]

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 2:09 PM