FOTO Ihsan Facebook KKM
FOTO Ihsan Facebook KKM
Muhamad Lokman Khairi


Ipoh: Surat edaran yang tular di WhatsApp sejak pagi ini kononnya ditulis 'Pengarah Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit' Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Cawangan Negeri Perak adalah palsu.

Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kenyataan di laman Twitter pada hari ini.

KKM mengesyaki ia dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Untuk makluman, KKM tidak mempunyai Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang ditularkan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Terdahulu, surat edaran tular di aplikasi yang mendakwa KKM Cawangan Negeri Perak akan melakukan pemeriksaan alat kelamin membabitkan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 6:14 PM